
Artikel
Dsa Natsec Asia 2024 Kunjungan Hormat Delegasi Pasukan Polis Luar Negara Ke Atas Kpn Diteruskan Pada Hari Ke 2
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN) oleh beberapa delegasi pasukan polis luar negara sempena Pameran Defence Services...
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Negara (KPN) oleh beberapa delegasi pasukan polis luar negara sempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 yang memasuki hari ke-2 diteruskan pada hari ini.
Bertempat di Bilik Kunjungan Hormat KPN, Tingkat 3 dekat Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada delegasi China yang diketuai oleh Deputy Director General of Logistic and Finance Department of MPS, Madam Sun Lili bersama delegasi iaitu Division Director of Logistic and Finance Department of MPS, Li Yubei, Deputy Division Director of Logistic and Finance Department of MPS, Gao Mingzhu, Deputy Section Director of First Research Institute of MPS, Zhao Yu dan Divison Director of Xioman Municipal Police Bureau of China, Chen Jiangchang.
Beliau kemudiannya menerima kunjungan hormat daripada Director of Operations, Singapore Police Force, SAC Tan Siew Hin Gregory yang hadir bersama ASP Koh Kok Keong.
Kunjungan hormat diakhiri dengan delegasi daripada Itali yang diketuai oleh Director for Air Armament and Airworthiness, Lt. General Giuseppe Lupoli bersama delegasi yang terdiri daripada Ambassador of Italy to Malaysia, H.E Massimo Rustico, Top Advisor for the Indo Pacific to the Italian Minister of Defence and Former Chief of the Italian Navy, Vice Admiral Giuseppe De Giorgi dan Deputy Head of Mission, Miss Clara Cualbu.
Kesemua kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan serta jalinan kerjasama dalam keselamatan negara masing-masing.
Turut hadir, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad dan Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Antarabangsa) Bukit Aman, SAC Dato’ Pahlawan Suparamaniam Ramasamy.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.