Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dsa Natsec Asia 2024 Kpn Hadir Sesi Townhall Discussion Bersama Mdn

Diterbitkan: 07 May 2024 2.02 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.15 PM
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke sesi "Townhall Discussion" bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2024-kpn-hadir-sesi-townhall-discussion-bersama-mdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:48 MYT
 
Kuala Lumpur, 7 Mei 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hari ini hadir ke sesi "Townhall Discussion" bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersempena Pameran Defence Services Asia (DSA) 2024 dan National Security (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini.

Arena yang menjadi medan perbincangan dan bertukar pandangan itu telah dikendalikan oleh Timbalan Setiausaha, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Asrul Shah Razali yang mengupas isu-isu berkenaan jenayah siber serta kesedaran penyalahgunaan dadah.

Sesi yang berlangsung hampir satu jam tadi turut disusuli dengan sesi soal jawab bersama para jemputan yang hadir.

Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia, pegawai-pegawai kanan dari pelbagai agensi kerajaan, para pegawai perwakilan asing dan pengamal media.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

May be an image of ‎5 people, dais and ‎text that says '‎لة ት STRY FRC APPAIRS DATUK SERI SAIFUDDIN NASUTION BIN ISMAIL MINISTER OF MINISTEROFHOM

May be an image of one or more people, suit and crowd

May be an image of 6 people

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people, dais and text
ArtikelDiterbitkan 07 May 2024 2.02 PMDikemas kini 15 Aug 2026 8.15 PM