
Article
Dsa Natsec Asia 2024 Edisi Ke 18 Melabuhkan Tirai
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2024, hari ini secara rasmi melabuh...
Kuala Lumpur, 9 Mei 2024 - Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2024, hari ini secara rasmi melabuhkan tirainya bagi edisi ke-18 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, petang tadi.
Majlis perasmian penutup berprestij itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bersama Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bagi menyaksikan acara yang gilang gemilang itu.
Berucap dalam majlis tersebut, Datuk Seri Mohamed Khalid telah mengumumkan bahawa penganjuran DSA dan NATSEC ASIA edisi seterusnya dijadualkan berlangsung pada bulan April 2026. Pameran yang berlangsung selama empat hari menyaksikan PDRM melalui KDN telah menandatangani kontrak bernilai RM1.57 bilion bagi perolehan kapal pengangkut kelas 'police transport vessel' pelbagai kegunaan sebagai pengangkut barang dan kapal induk (mother ship) serta latihan Pasukan.
Hadir sama, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Pertahanan, Tuan Adly Zahari, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Hj. Ruji Hj. Ubi, KSU Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Mohammad Ab Rahman, Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa dan Setiausaha Polis Malaysia, DCP Alzafny Ahmad.
Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.




