Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dsa Natsec Asia 2022 Kpn Hadir Pelancaran Buku Jenayah Siber Di Malaysia Terima Lima Kunjungan Hormat

Published: 29 Mar 2022 12.51 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi hadir Majlis Pelancaran Buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dsa-natsec-asia-2022-kpn-hadir-pelancaran-buku-jenayah-siber-di-malaysia-terima-lima-kunjungan-hormat
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:17 MYT
Kuala Lumpur, 29 Mac 2022 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani pagi tadi hadir Majlis Pelancaran Buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet yang disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Dato' Sri Wan Ahmad Dahlan Hj. Abdul Aziz yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin.
 
Pelancaran buku tersebut adalah bersempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia 2022 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.

Menurut Tan Sri Acryl Sani, Polis Diraja Malaysia bercadang untuk berkongsi buku yang mengandungi maklumat serta situasi jenayah siber Malaysia itu dengan rakan strategik Pasukan yang berada di seluruh negara dan dunia.

Dalam pada itu, Tan Sri Acryl Sani pada hari ini juga sempat menerima lima kunjungan hormat daripada delegasi negara luar di pejabatnya dekat MITEC.

Kunjungan hormat pertama adalah daripada Komandan Korps Brigade Mobil, Inspektur Jenderal Polisi, Kepolisian Negara Republik Indonesia, Drs. Anang Revandoko M.I.Kom. diikuti Komander Pasukan Operasi Khas, Pasukan Polis Singapura, Assistant Commisioner Arthur Law Kok Leong.

Beliau kemudiannya menerima kunjungan hormat rakan sejawatannya dari negara Turki, General Arif Çetin dan negara Bangladesh, Inspector General of Police Dr. Benazir Ahmed Bpm serta Head of National Central Bureaus Saudi Arabia, Colonel Abdulmalik Ibrahim Alsogiah.

Kunjungan hormat tersebut adalah bagi mengukuhkan lagi hubungan persahabatan di antara PDRM dengan rakan strategik di peringkat global.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of 5 people and text

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 12 people, people standing and text that says 'KEMENTERIAN DALAM KEME NEGERI PELANCARAN BUKU NAYAH SIBER LELUASA INTERNET AH BIN ZAINUDI

May be an image of 8 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and text

May be an image of 7 people, people standing, indoor and text that says 'DSA 2022 17THDEFENCE SERVICES ASIA EXHIBITION & CONFERENCE SINC 1988 Incorpora

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of ‎3 people, people standing and ‎text that says '‎ه GICAN Nammo SE AMMUNITION MUL ose ammunition has oro Nam ith outsized results

May be an image of 11 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 5 people, people standing, indoor and text that says 'BUKIT AMAN HEADQUARTERS Skyline ASKI'

May be an image of 12 people and people standing

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 9 people, people standing and indoor

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing and indoor

ArticlePublished 29 Mar 2022 12.51 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM