Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pihak Berkuasa Tidak Akan Telefon Minta Nombor Akaun Kpn

Diterbitkan: 29 Mar 2022 1.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur: "Saya ulang sekali lagi, pihak berkuasa tidak akan sesekali menelefon mana-mana orang sebaliknya hanya memaklumkan mereka perlu hadir ke pejabat untuk memberi kerjasama."
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pihak-berkuasa-tidak-akan-telefon-minta-nombor-akaun-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:37 MYT
Kuala Lumpur: "Saya ulang sekali lagi, pihak berkuasa tidak akan sesekali menelefon mana-mana orang sebaliknya hanya memaklumkan mereka perlu hadir ke pejabat untuk memberi kerjasama."
Itu peringatan diberikan Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani kepada orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang panggilan telefon yang mendakwa mereka adalah pihak berkuasa.
"Penjenayah 'scammer' ini akan mendakwa mereka adalah penjawat awam daripada PDRM, Lembaga Hasil Dalam Negara (LHDN) dan Bank Negara dengan menyatakan siasatan berlaku di bawah pelbagai akta termasuk pengubahan wang haram (AMLA), akta pengganas, Akta Dadah Berbahaya, penyeludupan senjata api.
"(Saya ulangi) Kita tidak akan membuat panggilan telefon untuk temubual, minta nombor akaun, nombor pin dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Buku Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) Asia di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini, hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../pihak-berkuasa-tidak-akan...
Sumber: Harian Metro

Artikel Pilihan Pihak Berkuasa Tidak Akan Telefon Minta Nombor Akaun Kpn
ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2022 1.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM