Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Diserbu 10 Kali 25 Gro Ditahan

Published: 16 Jun 2014 12.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pusat hiburan itu baru sahaja diserbu Isnin lepas oleh polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang yang membawa kepada penangkapan 28 wanita warga ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/diserbu-10-kali-25-gro-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 16:38 MYT

GEORGE TOWN, 29 Julai 2010 -- 25 pelayan pelanggan (GRO) warga China dan seorang pemilik premis warga tempatan ditahan dalam satu operasi polis di sebuah pusat hiburan di Lorong Madras di sini, Khamis awal pagi.

Dalam operasi pada pukul 12.30 malam hingga 2 pagi itu, kesemua wanita tersebut yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun ditahan ketika mereka leka melayan pelanggan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pusat hiburan itu baru sahaja diserbu Isnin lepas oleh polis dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang yang membawa kepada penangkapan 28 wanita warga China, Vietnam dan Indonesia yang bekerja sebagai GRO.

"Bukan itu sahaja, bagi tahun ini premis itu telah diserbu sebanyak 10 kali tetapi masih menjalankan aktiviti tidak bermoral itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata serbuan malam tadi dilakukan oleh pasukan D7, Ibu Pejabat Polis Timur Laut selepas polis membuat intipan selama beberapa hari selain mendapat maklumat orang awam.

"Selepas pemeriksaan dilakukan mendapati kesemua mereka tidak mempunyai permit kerja dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya.

Katanya kesemua yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Juru untuk tindakan selanjutnya.

"Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit permit, sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

"Manakala pemilik premis akan di siasat di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen iaitu menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit," katanya.

ArticlePublished 16 Jun 2014 12.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM