Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dipenjara Akibat Cekik Ibu

Published: 02 Apr 2015 12.16 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu - Seorang lelaki menerima pembalasan setelah bertindak mencekik leher ibunya sendiri dengan niat membunuh hanya kerana gagal menemui kunci motosikal yang dicari.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dipenjara-akibat-cekik-ibu
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 18:51 MYT

Kuala Terengganu - Seorang lelaki menerima pembalasan setelah bertindak mencekik leher ibunya sendiri dengan niat membunuh hanya kerana gagal menemui kunci motosikal yang dicari.

Mohd Nazri Ismail, 37, dari Kampung Nibong, di sini, dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu atas perbuatan tidak berperi kemanusiaannya itu, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Mohd Nazri mengaku salah dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas ibunya, Senik Abullah, 70, pada lebih kurang jam 11 pagi, 1 Mac lalu, di kediaman mereka di Lorong Kubur Kecil, di sini.

Perbuatan dilakukan Mohd Nazri merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau dengan maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Dipenjara Akibat Cekik Ibu
Sumber : Sinar Harian

ArticlePublished 02 Apr 2015 12.16 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM