Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dig Datuk Seri Haji Mazlan Dilantik Timbalan Kpn Ke 27

Published: 25 Jun 2021 7.15 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setingggi-tinggi syabas dan tahniah kepada DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dig-datuk-seri-haji-mazlan-dilantik-timbalan-kpn-ke-27
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:07 MYT

Seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan setingggi-tinggi syabas dan tahniah kepada DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim di atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Haji Mazlan telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin di Putrajaya, petang tadi.

Sebagai makluman, Datuk Seri Haji Mazlan dilahirkan pada 25 Disember 1961 di Kota Setar, Kedah dan telah mendirikan rumah tangga bersama Datin Seri Anizah Musa.

Siswa Sarjana Pembangunan Sumber Manusia dan Sarjana Muda Sumber Ekonomi dari Universiti Putra Malaysia ini pernah diamanahkan pelbagai jawatan penting dalam Pasukan.

Antaranya Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Bahagian Perlindungan Saksi di Jabatan Perdana Menteri, Ketua Polis Kontinjen Kelantan dan Kuala Lumpur sebelum dilantik menjadi Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 9 September 2020.

Sekali lagi bagi pihak warga Pasukan, kami mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara buat DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim!

#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#25062021

May be an image of 1 person and text that says 'SYABAS DAN TAHNIAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAHKEPADA KEPADA DIG DATUK SERI HAJI MAZLAN LAZIM ATAS PELANT
ArticlePublished 25 Jun 2021 7.15 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM