Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pkp Covid 19 Posting Pilihan Ksu Kkm Adakan Lawatan Kerja Ke Pga Cheras

Diterbitkan: 27 Jun 2021 3.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Cheras, 27 Jun 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato' Mohd Shafiq Abdullah telah mengadakan lawatan kerja bersempena Program Vaksinasi ‘Outreach’ bertempat di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pkp-covid-19-posting-pilihan-ksu-kkm-adakan-lawatan-kerja-ke-pga-cheras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:57 MYT
 
Cheras, 27 Jun 2021 - Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dato' Mohd Shafiq Abdullah telah mengadakan lawatan kerja bersempena Program Vaksinasi ‘Outreach’ bertempat di Markas Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), semalam.

Program tersebut merupakan pertama kali diadakan oleh Klinik Pergigian Bergerak Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dengan kerjasama PGA Cheras serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor.

Beliau yang diiringi Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Khas), DCP Datuk Mastor Arif turut mengambil peluang memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada para petugas yang sentiasa berusaha gigih bagi menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Antara penerima vaksin di bawah program ini adalah melibatkan para petugas barisan hadapan yang terdiri daripada PGA, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan juga bomba.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Komander Briged Tengah, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim dan Timbalan Komander, ACP Tuan Chew Tham Soon.

ArtikelDiterbitkan 27 Jun 2021 3.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM