Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Didakwa Sebar Ideologi Ganas

Published: 14 Apr 2015 6.27 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mereka akan membuktikan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat penaung kepada kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/didakwa-sebar-ideologi-ganas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:45 MYT
Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, semalam, mereka akan membuktikan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat penaung kepada kumpulan pengganas Tanzim Al-Qaeda Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria dalam ucapan pembukaan pada perbicaraan hari pertama kes membabitkan Yazid dan rakannya, Muhammad Hilmi Hasim yang didakwa terbabit dalam aktiviti menggalakkan keganasan di Syria.

Menurut Mohamad Hanafiah, pihak pendakwaan akan membuktikan Yazid dengan pengetahuannya menggalakkan pelakuan keganasan dengan niat memajukan satu ideology untuk menakutkan orang awam di Syria.

SUMBER : HARIAN METRO

Didakwa Sebar Ideologi Ganas
 
ArticlePublished 14 Apr 2015 6.27 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM