Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dicekup Selepas Selesai Pecah Rumah

Published: 06 Sep 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Seorang lelaki yang dipercayai terlibat aktif dalam kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah ini berjaya diberkas polis sejurus memecah masuk rumah di Garden City Homes, kelmarin.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-selepas-selesai-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:51 MYT

Seorang lelaki yang dipercayai terlibat aktif dalam kes samun dan pecah rumah di sekitar daerah ini berjaya diberkas polis sejurus memecah masuk rumah di Garden City Homes, kelmarin. 

Ketika kejadian kira-kira 8.55 pagi, tindakan pantas pasukan kereta peronda berjaya mengesan suspek yang ketika itu sedang berlari untuk menyelamatkan diri, namun suspek yang berusia 27 itu berjaya ditangkap. 

Pihak polis turut merampas wang tunai RM916, komputer riba, peralatan pecah rumah, satu gelang berwarna kuning, dua buku tabung haji dan seutas jam berjenama. 

Selain itu, hasil semakan lanjut mendapati suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau, termasuk satu waran individu dikehendaki yang dikeluarkan pasukan polis bangi, selangor.
Dicekup Selepas Selesai Pecah Rumah

ArticlePublished 06 Sep 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM