Nibong Tebal, 6 Sept - Empat warga asing berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam satu operasi yang dijalankan di perairan Sungai Udang, dekat sini, petang semalam.
Komander PPM Wilayah 1, ACP Mohd Yusof Abdullah berkata, pasukannya menahan empat lelaki warga Myanmar semasa menjalankan operasi di perairan Sungai Udang.
"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati keempat-empat mereka tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.
"Kesemua mereka yang berumur antara 23 hingga 33 tahun itu ditahan untuk tindakan lanjut," tambah beliau lagi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
4 Warga Asing Ditahan Polis Marin
Empat warga asing berjaya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 1 dalam satu operasi yang dijalankan di perairan Sungai Udang, dekat sini, petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/4-warga-asing-ditahan-polis-marin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.