Beberapa GRO warga Vietnam terkedu apabila menyedari kehadiran anggota polis dalam serbuan di sebuah pub di Bandar Baru Wang, kelmarin.
Serbuan polis kira-kira jam 6.30 petang itu berjaya menahan sembilan warga Vietnam berusia 19 hingga 26 tahun yang sedang asyik melayan pelanggan minum.
Pemeriksaan awal mendapati premis tidak berlesen itu menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan harga RM80 hingga RM150 dan mula beroperasi jam 5 petang.
Polis juga turut menahan dua lelaki iaitu penjaga premis berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.
Beberapa barang turut dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM930. Kes disiasat mengikut Akta Imigi'esen dan Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Selangor.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Dicekup Ketika Layan Pelanggan
Serbuan polis kira-kira jam 6.30 petang itu berjaya menahan sembilan warga Vietnam berusia 19 hingga 26 tahun yang sedang asyik melayan pelanggan minum.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dicekup-ketika-layan-pelanggan
Scan to view the latest live version.