Pdrm Terima Bantuan Banjir Daripada Respa
Penyunting : Kpl Edwind Indo
Foto : L/Kpl Mohd Iqbal Nasruddin
Kuala Lumpur, 13 Jun –RESPA (Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia ) sentiasa memberi sokongan kepada pasukan keselamatan dalam mengekalkan ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Usaha itu diterjemahkan menerusi penganjuran Majlis Penyampaian Sumbangan oleh RESPA Kepada Tabung Kebajikan Mangsa Banjir PDRMdi Kuala Lumpur Internasional Hotel (KLIH), di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang mewakili Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bagi menerimasumbangan kepada anggota, pegawai, pesara polis yang terlibat di pantai timur melalui Tabung Kebajikan Mangsa Banjir PDRM.
Hadir sama adalah Tan Sri Abu Zahar Ujang, Yang Dipertua Dewan Negarasekaligus merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) kali ke-31.
Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim menerima cek sumbangan daripada RESPA