Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Di Sini Bermula

Diterbitkan: 10 Jun 2014 7.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Setelah 4 tahun tidak menginjak kaki di Pulau Lagenda, Langkawi, Le Tour de Langkawi 2011, Edisi Ke 16 akan memulakan cabarannya sekali lagi pada 23 Januari 2011 di pulau yang terkenal dengan keindaha..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/di-sini-bermula
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:21 MYT

Langkawi - 22 Januari 2011

Di sini Bermula...sebanyak 23 pasukan lumba basikal yang akan memberi saingan sengit telah diperkenalkan kepada seluruh dunia di Dataran Lang, Pekan Kuah, Langkawi, Kedah di kejohanan perlumbaan lumba basikal Le Tour de Langkawi 2011

Setelah 4 tahun tidak menginjak kaki di Pulau Lagenda, Langkawi, Le Tour de Langkawi 2011, Edisi Ke 16 akan memulakan cabarannya sekali lagi pada 23 Januari 2011 di pulau yang terkenal dengan keindahan pulau dan pantai yang cantik ini.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah hadir merasmikan pengenalan pasukan yang akan berlumba di Le Tour de Langkawi 2011 pada pagi ini.

Hadir sama di majlis tersebut ialah Y.Bhg Dato' Mohid Mohamad, Ketua Setiausaha KBS, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola LTdL 2011, Y.Bhg Encik Mohamed Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL 2011, Supt. Hamzah bin Ahmad, mewakili Ketua Trafik Pasukan, Pegawai-pegawai Jabatan Kerajaan, pegawai-pegawai dari Kementerian Belia dan Sukan serta dif-dif jemputan.

Polis Diraja Malaysia telah diberi penghormatan untuk mendahului menaiki podium dengan mempamirkan kenderaan dan motosikal berkuasa tinggi yang akan digunakan sepanjang berlangsungnya perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2011.

Penghormatan yang tinggi juga disampaikan oleh YAB Tun Mahathir kepada Polis Diraja Malaysia yang diiktirafkan, terbaik di dunia dalam megendalikan serta melancarkan perlumbaan yang berprestij ini.

Di Sini Bermula
Pasukan Keselamatan (Police Security) siap sedia untuk menjalankan penugasan pertama di Dataran Lang, Pekan Kuah

Di Sini Bermula
Taklimat penugasan disampaikan oleh ASP Ibrahim bin Haji Abu Bakar

Di Sini Bermula
Cawangan Trafk PDRM yang akan diperkenalkan kepada penonton di Majlis Perkenalan Pasukan

Di Sini Bermula
Antara pasukan yang akan bertanding di perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi 2011

Di Sini Bermula
Konvoi bergerak dari Hotel Bayview ke Dataran Lang

Di Sini Bermula
DSP Md Dali bin Wahid bersama Pasukan Keselamatan PDRM

Di Sini Bermula
Ketibaan YAB Mantan Perdana Menteri Malaysia

Di Sini Bermula
Polis Diraja Malaysia diberi penghormatan, mendahului pengenalan pasukan, diketuai oleh Supt. Hamzah bin Ahmad

Di Sini Bermula
Motosikal berkuasa tinggi milik PDRM...

Di Sini Bermula
Tun Mahathir diperkenalkan kepada Pasukan Malaysia

Di Sini Bermula
Mendapat tepukan gemuruh dari penonton yang hadir, memberi semangat kepada Pasukan Kebangsaan Lumba Basikal Malaysia

Di Sini Bermula
kiri..Superintendan Hamzah bin Ahmad bersama tetamu jemputan yang hadir menyaksikan upacara Pengenalan Pasukan

Di Sini Bermula
Pasukan Keselamatan PDRM cekap mengawal keadaan di sekitar pentas utama

Wartawan  : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto     : L/Kpl Edwind Indo

  

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 7.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM