Dera Haiwan Jacky Berjaya Diselamatkan
Anggota
polis bersama sekumpulan pencinta haiwan berjaya menyelamatkan seekor
anjing yang dipercayai didera oleh pemilik haiwan berkenaan di Taman
Garing Permai, Rawang, semalam.
Anjing tersebut yang
diberi nama Jacky mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tidak
berupaya untuk bergerak selepas dipukul dengan cangkul dan dibaling
dengan bata sebelum terjatuh ke dalam longkang.
Pemilik
haiwan berkenaan mendakwa dia terpaksa berbuat demikian selepas Jacky
bertindak ganas dengan menggigit tangannya dan menyatakan ia merupakan
kejadian kali kedua selepas anjing berkenaan mencederakan beliau pada
April lalu.
Sumber: Akhbar The Star