Shah Alam,
Selangor - 17 November 2011. 'Deepavali Val-Thu-Kal', ucap YDH IGP Tan
Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara kepada semua peringkat
pegawai, anggota dan pegawai awam PDRM serta keluarga dan hadirin yang
hadir di Majlis Sambutan Hari Deepavali, Ibu Pejabat Polis Kontinjen
Selangor, tengahari tadi.
Tetamu istimewa yang hadir ialah YB
Senator Datuk G. Palanivel, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
merangkap Presiden Kongres India Malaysia (MIC).
Turut hadir, YDH
CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato'
Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM), YDH
Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Ketua-Ketua Polis Daerah Selangor,
Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan tetamu-tetamu jemputan serta wakil-wakil
media.
Y.Bhg Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri,
Pengerusi PERKEP Malaysia, Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim, Naib
Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman,
Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) dan rombongan PERKEP juga
turut hadir.
Majlis sambutan yang meriah, dengan hidangan
berbagai-bagai makanan dan minuman yang enak dan beraneka jenis itu juga
turut dihadiri masyarakat majmuk sekitar Shah Alam.
Antara
intipati ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara, beliau memuji kepimpinan
Kontinjen Selangor yang terus merancang ke arah aspek-aspek 'crime
prevention' dan 'crime suppression'.
"Dato' A. Thaiveegan,
Timbalan Ketua Polis Selangor juga mengambil inisiatif untuk 'engage'
pemuda-pemuda India dalam memupuk budaya dan amalan pencegahan jenayah
di peringkat sekolah dan remaja", tambah beliau lagi.
" Di
atas inisiatif seumpama itu, ianya bertepatan dengan kata-kata Mahatma
Ghandi "If we are to teach real peace in this world, and if we are to
carry on a real war against war, we shall have to begin with the
children", akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.
Ketibaan YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar disambut oleh YDH Dato' A.Thaiveegan, Timbalan Ketua Polis Selangor
Ketibaan Senator Datuk G.Palanivel, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
Juruacara Majlis...
Meja Utama...
kiri...YDH SAC Dato' A.Thaiveegan,Timbalan Ketua Polis Selangor
YDH Ketua Polis Negara beramah mesra dengan YB Senator Datuk G.Palanival
YDH
CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan YDH DCP
Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis (SUPM) juga turut
hadir
Antara Yang Hadir...
Y.Bhg
Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri, Pengerusi PERKEP
Malaysia, Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim, Naib Pengerusi PERKEP
Malaysia, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Penolong Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran) dan rombongan PERKEP juga turut hadir
Persembahan...
YDH SAC Dato' A.Thaiveegan kalungkan 'bunga malai' kepada YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar
YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar berucap semasa Majlis Sambutan Hari Deepavali IPK Selangor
Perasmian Majlis Sambutan Hari Deepavali IPK Selangor...
YDH Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar diserbu oleh wakil-wakil media sebelum meninggalkan majlis
Wartawan : Sjn Zaiddin Bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin Bin Dahalan & Konst Santher KUmar A/L Sehgar
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Deepavali Val Thu Kal
Mahatma Ghandi 'If we are to teach real peace in this world, and if we are to carry on a real war against war, we shall have to begin with the children..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/deepavali-val-thu-kal
Scan to view the latest live version.