Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Jasamu Dikenang

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.55 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Demi memperingati dan meraikan pesara dan bakal pesara anggota dan kakitangan awam, satu majlis peringkat Bukit Aman iaitu Malam Jasamu Dikenang telah diadakan di Dewan Banquet PULAPOL Kuala Lumpur pa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-jasamu-dikenang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:17 MYT

PULAPOL KUALA LUMPUR, 16 November 2011.

Seramai 70 orang Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam telah diraikan dalam majlis penuh gemilang, 'Malam Jasamu Dikenang' di Dewan Banquet, PULAPOL Kuala Lumpur pada malam tadi.

Majlis makan malam sempena persaraan Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam  peringkat Bukit Aman dianjurkan khusus sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari seluruh warga PDRM kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah bersara dari pasukan.

"Khidmat bakti, pengorbanan dan kesetiaan yang telah dicurahkan kepada negara dan pasukan oleh Pegawai Rendah Polis dan Pegawai Awam, tidak ternilai dan sukar untuk dibalas' ucap YDH Ketua Polis Negara.

"Penganjuran majlis ini menunjukkan bahawa warga PDRM yang masih berkhidmat dengan pasukan, tidak pernah melupakan jasa dan pengorbanan anda, yang kini kembali semula ke pangkuan masyarakat"

"Ingatlah, persaraan bukanlah bermakna berakhirnya satu kehidupan, tetapi adalah permulaan ke arah satu kehidupan yang baru", akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Majlis 'Malam Jasamu Dikenang'  turut dihadiri oleh Y.Bhg. Puan Sri Hajah Suriati binti Haji Md Sobri, Pengerusi PERKEP Malaysia, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Datin Sri Imran bin Ibrahim, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis, YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM dan isteri serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Tetamu yang hadir pada malam ini telah dihiburkan dengan persembahan dari Quintet Pancaragam PDRM dan Badan Seni Budaya PDRM.


Acara pembukaan majlis.

Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang

Malam Jasamu Dikenang
Ucapan oleh YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Malam Jasamu Dikenang
Ucapan wakil pesara dan bakal pesara anggota polis dan kakitangan awam peringkat Bukit Aman oleh Sub. Inspektor Mohd Hidir bin Nayan.

Upacara Penyampaian Cenderahati dan Sijil Penghargaan oleh Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.
Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang

Malam Jasamu Dikenang
YDH SAC Dato' Zaleha bte Abd Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran)  sebagai Pengerusi Jawatankuasa Majlis menyampaikan cenderahati kepada YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Malam Jasamu Dikenang
YDH Tan Sri Hj Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan cenderahati kepada YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Katua Polis Negara.

Majlis beramah mesra...

Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang
Malam Jasamu Dikenang



Jurufoto & Wartawan : Konst Raymond bin Martin
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.55 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM