Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Daun Ketum Rm 26 000 Dirampas

Published: 18 Jun 2014 2.20 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Padang Besar - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai memiliki daun ketum bernilai hampir RM26,000 di pagar sempadan di kawasan Ladang Tebu, Chuping, pagi semalam...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/daun-ketum-rm-26-000-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:46 MYT

Padang Besar - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai memiliki daun ketum bernilai hampir RM26,000 di pagar sempadan di kawasan Ladang Tebu, Chuping, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 8 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan anggota risik UPP yang sedang melakukan tugas Ops Kawalan di kawasan berkenaan.

Pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh lelaki terbabit berjaya menemui tiga guni putih berisi daun ketum yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan, belakang dan juga di dalam bonet belakang kereta.

Daun ketum seberat 324 kilogram itu dianggarkan bernilai hampir RM26,000 dan dipercayai untuk dipasarkan ke negara jiran.

Daun Ketum Rm 26 000 Dirampas
Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.20 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM