Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Berlagak Samseng 3 Lelaki Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.21 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.40 PM
Johor Bahru - Seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya berlagak ala samseng apabila menendang sebuah kereta Toyota Vios yang didakwa dipandu laju di kawasan Taman Mutiara Rini di sini...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/berlagak-samseng-3-lelaki-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:25 MYT

Johor Bahru - Seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya berlagak ala samseng apabila menendang sebuah kereta Toyota Vios yang didakwa dipandu laju di kawasan Taman Mutiara Rini di sini.

Perbuatan pada pukul 10.30 malam, Rabu lalu itu bagaimanapun memakan diri apabila mereka bertiga ditahan selepas pemandu kereta tersebut melaporkan kejadian itu kepada polis.

"emasa kejadian, salah seorang pengawal peribadi ahli perniagaan itu menunjukkan pistol yang disisip di pinggangnya menyebabkan mangsa lari dari lokasi kejadian,"ujar Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad.

Polis berjaya merampas dua pucuk pistol jenis Glock, dua kelopak peluru, 22 butir peluru, sarung pistol dan sebuah Proton Wira.

Berlagak Samseng 3 Lelaki Ditahan
Sumber : Keratan Akhbar Kosmo

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.21 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.40 PM