Padang
Besar - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai
memiliki daun ketum bernilai hampir RM26,000 di pagar sempadan di
kawasan Ladang Tebu, Chuping, pagi semalam.
Dalam
kejadian pada jam 8 pagi itu, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan
anggota risik UPP yang sedang melakukan tugas Ops Kawalan di kawasan
berkenaan.
Pemeriksaan
terhadap kenderaan yang dinaiki oleh lelaki terbabit berjaya menemui
tiga guni putih berisi daun ketum yang diletakkan di tempat duduk
penumpang hadapan, belakang dan juga di dalam bonet belakang kereta.
Daun ketum seberat 324 kilogram itu dianggarkan bernilai hampir RM26,000 dan dipercayai untuk dipasarkan ke negara jiran.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Daun Ketum Rm 26 000 Dirampas
Padang Besar - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana dipercayai memiliki daun ketum bernilai hampir RM26,000 di pagar sempadan di kawasan Ladang Tebu, Chuping, pagi semalam...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/daun-ketum-rm-26-000-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.