Article
Dato Sri Salleh Mat Rasid You Re The Best
“Jika ditanya adakah saya telah bersedia untuk meninggalkan pasukan, jawapan saya adalah saya belum bersedia,'’ demikian antara ucapan YDH Dato’ Sri Salleh bin...
DATO' SRI SALLEH MAT RASID, "YOU'RE THE BEST"
Subang,1 Sept – “Jika ditanya adakah saya telah bersedia untuk meninggalkan pasukan, jawapan saya adalah saya belum bersedia,'’ demikian antara ucapan YDH Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid,Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dalam Majlis Dining Out sempena persaraan beliau yang berlangsung di Dewan Vintage, Hotel Holiday Vila, Subang malam tadi.
Ini membuktikan bahawa semangat kepolisan yang masih menebal dalam jiwa beliau setelah 40 tahun 5 bulan mencurah bakti di dalam pasukan yang telah sebati menjadi darah daging beliau selama ini.
“Andai ditoreh tubuh ini, maka darah yang keluar adalah positif polis” katanya berseloroh.
Majlis bertema 'You're the best' dengan penuh adat istiadat kepolisan itu amat bertepatan dengan kredibiliti beliau yang berdisiplin tinggi serta sentiasa memberi komitmen yang tinggi dalam tugas melebihi segalanya.
Beliau turut melahirkan rasa syukur dan bertuah di atas sokongan yang berterusan oleh ahli keluarga tercinta “ selama ini, tugas adalah keutamaan saya yang pertama, keluarga adalah yang kedua dan saya bersyukur dikurniakan ahli keluarga yang memahami tanggungjawab saya kepada Negara”.
Dalam majlis yang sama turut diserikan lagi dengan sambutan hari lahir beliau yang diraikan bersama ahli keluarga serta rakan-rakan seperjuangan jabatan KDNKA dalam suasana yang cukup menceriakan.

Ketibaan YDH Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid dan Y.Bhg Datin Sri Puziah Binti Bahari.

Panji Batalion 4 diarak masuk.

Minum ucap selamat kepada kepada Raja-Raja dan Yang Dipertua negeri.

Ucapan aluan DCP Datuk Ab. Razak bin Ab. Ghani, Timbalan Pengarah KDNKA(Gerakan), Jabatan KDNKA.

Ucapan Balas oleh YDH CP Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA.

Sesi penyampaian cenderahati

Sambutan hari lahir YDH CP Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA.

YDH CP Dato’ Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDNKA mengendalikan kombo PDRM Kedah.

Suasana sekitar majlis berlangsung.