Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bunuh Tak Henti Menangis

Diterbitkan: 02 Sep 2014 1.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Melaka, 2 Sept - Kanak- kanak malang berusia dua tahun yang rangkanya ditemui ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bayan, Bukit Katil, di sini, kelmarin, dipercayai dibunuh hanya kerana tidak berhenti menangis.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bunuh-tak-henti-menangis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:02 MYT

Melaka, 2 Sept - Kanak- kanak malang berusia dua tahun yang rangkanya ditemui ditanam di belakang sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Bayan, Bukit Katil, di sini, kelmarin, dipercayai dibunuh hanya kerana tidak berhenti menangis. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Bakar berkata, suspek lelaki berusia 25 tahun yang juga kekasih ibu mangsa bertindak menekup mulut kanak-kanak lelaki itu dengan tangan sehingga lemas. 

"Siasatan awal mendapati suspek mengaku berbuat demikian selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis, namun kami masih menyiasat sama ada perbuatan berkenaan disengajakan atau sebaliknya. 

"Kami juga mengesyaki suspek mungkin panik selepas mendapati mangsa tidak bernyawa sebelum bertindak menanam mayat di belakang rumah yang disewa bersama wanita berusia 24 tahun awal tahun ini," katanya ketika dihubungi. 

Sumber: Harian Metro

Bunuh Tak Henti Menangis
ArtikelDiterbitkan 02 Sep 2014 1.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM