Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn

Published: 21 Apr 2015 12.19 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 21 April - Hari ini dengan rasminya YDH Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang baru menggantikan pengarah terdahulu iaitu YDH Dato' Sri Nor Rashid bin Ibrahim yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-sri-mokhtar-terajui-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:23 MYT
DATO' SRI MOKHTAR TERAJUI JSJN

Kuala Lumpur, 21 April - Hari ini dengan rasminya YDH Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd Shariff dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang baru menggantikan pengarah terdahulu iaitu YDH Dato' Sri Nor Rashid bin Ibrahim yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

"Sebagai orang nombor satu dalam jabatan ini,adalah diharapkan agar Dato' Sri Mohd Mokhtar dapat mengatur strategi yang lebih mantap bagi mempertingkatkan lagi usaha menangani masalah dadah daripada ia terus melular merosakkan anak bangsa kita" ,ujar Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam ucaptamanya dalam Majlis tersebut menunjukkan bahawa beliau memberi kepercayaan yang cukup tinggi kepada Dato' Sri Mohd Mokhtar dalam menggalas tanggungjawab tersebut.

Majlis menandatangani dokumen serah terima tugas tersebut telah disaksikan oleh YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara sendiri yang berlangsung di MES Pegawai Kanan Bukit Aman berlangsung meriah dengan upacara pemakaian pangkat 37 orang Pegawai-Pegawai Kanan PDRM yang telah dinaikan pangkat, antaranya ialah CP Dato’ Zubaidah Md Ismail, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), SDCP Dato’ Rusli Ahmad, Ketua Polis Johor, DCP Dato’ Shah Gzali Khan Shahadad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Lat / Pep / Kompetensi), Bahagian Latihan serta DCP Dato’ Aishah Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Maklumat Sumber Manusia).

Dalam majlis yang sama turut diadakan upacara serah terima tugas jawatan pengerusi PERKEP JSJN di antara Datin Sri Bibi Zakiah Meraslam dan Datin Noor Arfah Abdul Rahman, pemangku Pengerusi PERKEP JSJN yang telah disaksikan oleh Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim, Pengerusi PERKEP Malaysia.

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
Bergambar Kenangan

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara memakaikan pangkat kepada CP Dato’ Sri Mohd Mokhtar Hj. Mohd Shariff

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
Sesi penyerahan dokumen serah terima tugas Pengarah JSJN.

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
upacara serah terima tugas jawatan pengerusi PERKEP JSJN di antara Datin Sri Bibi Zakiah Meraslam dan Datin Noor Arfah Abdul Rahman, pemangku Pengerusi PERKEP JSJN

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
YDH Inspektor Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan

Dato Sri Mokhtar Terajui Jsjn
Antara tetamu yang hadir

ArticlePublished 21 Apr 2015 12.19 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM