
Article
Dato Sri Hazani Sempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Jabatan Kdnka
Cheras, 11 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali pagi tadi hadir ke Majlis Pemakaia...
Cheras, 11 April 2022 - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali pagi tadi hadir ke Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jabatan KDNKA yang diadakan di Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat sini.
Majlis pemakaian pangkat itu disempurnakan sendiri oleh beliau kepada Timbalan Pengarah (Gerakan) Jabatan KDNKA Bukit Aman, Dato' Kasuahdi Ali yang disematkan pangkat Komisioner Polis (CP) dan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Dato' Mohd Khairi Khairuddin bersama Timbalan Pengarah (PGA) Jabatan KDNKA Bukit Aman, Muhammad Abdul Halim yang masing-masing dipakaikan pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).
Turut berlangsung di Dewan Perdana tadi ialah serah terima tugas jawatan di antara Dato' Kasuahdi dengan Tuan Muhammad dan bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) Bukit Aman, Zulkifli Jonit yang dinaikkan ke pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC) bagi menjawat jawatan Komander Briged Tengah PGA yang baharu.
Manakala Dato' Mohd Khairi pula menyerahkan jawatan Komander Unit Tindakhas (UTK) kepada penyandang baharu, Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi yang sebelum ini merupakan Timbalan Komander unit elit tersebut sebelum dinaikkan ke pangkat SAC.
Yang turut hadir, Pengerusi PERKEP Jabatan KDNKA, Datin Sri Fadziah Abdul Hamid, SAC Kepolisan Am Jabatan KDNKA Bukit Aman, SAC Rosly Hassan, Timbalan Komander Briged Tengah PGA, ACP Chew Tham Soon, Naib Pengerusi PERKEP I Jabatan KDNKA, ACP Datin Norhayati Ghazali, Pengerusi PERKEP UTK, Puan Syamson Syuhaila Razali, Pengerusi PERKEP Briged Tengah PGA, Puan Hajah Hapisah Hasbullah dan barisan Komander di bawah Jabatan KDNKA.
Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.