Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis Wanita

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Y.Bhg Dato' Noryah bt Md Anvar sewajarnya dijadikan contoh, dan semangat beliau turut menjana motivasi di kalangan polis wanita untuk terus berusaha meningkatkan profesionalisme serta mendapat pengik..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-nooryah-bt-md-anvar-sebagai-contoh-kecemerlangan-polis-wanita
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:27 MYT

Cheras, 15 Mac 2011 - "Y.bhg Dato' Nooryah bt Md Anvar sewajarnya dijadikan contoh, dan semangat beliau turut menjana motivasi di kalangan polis wanita untuk terus berusaha meningkatkan profesionalisme serta mendapat pengiktirafan pucuk pimpinan perlu diteladani," ujar YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani, Pengarah Pengurusan PDRM dalam ucapannya di Majlis "Tautan Kasih" Sempena Persaraan Y.Bhg Dato' Nooryah bt Md Anvar dan Pegawai-pegawai Kanan Polis Wanita di Maktab PDRM Cheras hari ini.

Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para pesara yang diraikan bersempena dengan Mesyuarat Pembangunan Polis Wanita 2011 yang diadakan pada 14 Mac 2011.

"Melalui majlis ini juga, sambil kita berkumpul untuk menimba ilmu, kita juga dapat beramah mesra, sambil berkongsi pendapat dan ianya merupakan satu warisan yang boleh membentuk keperibadian dan sikap seseorang pegawai dengan budaya kerja berpasukan," ujarnya lagi.

Beliau turut mengunjurkan majlis seperti ini juga adalah satu wadah untuk meningkatkan keakraban hubungan silaturahim di antara pegawai-pegawai yang 'senior' dengan pegawai muda, juga yang bersara dengan yang masih dalam perkhidmatan.

Y.bhg Dato' Nooryah bt Md Anwar telah mencipta rekod sebagai wanita pertama yang menyandang jawatan sebagai Ketua Polis Trafik Persekutuan pada tahun 2006 dan menjadi kebanggaan kepada PDRM serta semua kaum wanita apabila namanya telah disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records.

Kecemerlangan profesionnya turut disusuli dengan kenaikan pangkat ke SAC I dan menyandang jawatan sebagai Penolong Pengarah Perancangan dan Strategi di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada tahun 2007.

 

Beliau turut mencipta sejarah apabila menjadi pegawai polis wanita pertama yang dianugerahkan pangkat DCP dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sebagai Timbalan Pengarah I pada tahun 2008.

Y.bhg Dato' Nooryah binti Md Anvar juga telah memperkenalkan Sistem Pengurusan Pemantauan Kertas Siasatan (IPMS) dan ia adalah legasi yang ditinggalkan oleh beliau untuk dilaksanakan oleh semua jabatan dalam penyiasatan dalam usaha untuk memperkasakan PDRM di mata masyarakat.

Perjalanan kerjayanya turut diwarnai dengan pengalaman kesungguhan beliau mengikuti latihan menunggang motosikal berkuasa tinggi sehingga mengetuai detachment Trafik membuat persembahan pada Sambutan Hari Polis ke 200 Tahun di Dataran Merdeka.

Dalam pada itu juga, majlis ini turut meraikan Y.Bhg Puan Badariah Abd Rahman, Puan Azizah Adom, Puan Fatimah Eden, Puan Meriam Tahit dan  Puan Ling Ai Mooi yang turut bersara setelah menyumbang jasa dan bakti kepada pasukan PDRM.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaPersembahan kugiran diruang legar Dewan Banquet, Maktab PDRM KL.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis Wanita
Kehadiran YDH CP Dato' Robiah binti Abdul Ghani bersama Y.bhg Dato' Nooryah bt Md Anvar disambut meriah dengan diiringi bunga mangga.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis Wanita
Ucapan aluan oleh pengacara majlis, ASP Norziarah (BAKA)

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaAntara hidangan yang enak disediakan untuk para tetamu yang hadir.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis Wanita  YDH CP Dato' Robiah bt Abdul Ghani, Y.bhg Dato' Nooryah bt Md Anvar dan YDH Dato' Zaleha bt Abdul Rahman sedang beramah mesra..

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis Wanita  Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaTayangan video klip Y.bhg Dato' Nooryah bt Md Anvar

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaPara tetamu sedang leka melihat video klip yang dipaparkan.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis Wanita Y.bhg Dato' Nooryah bt Md Anvar sempat menari bersama tetamu yang hadir.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaPersembahan tarian pembukaan (Moden) oleh BSB Muzium PDRM.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaPersembahan tarian dari para tetamu.

Dato Nooryah Bt Md Anvar Sebagai Contoh Kecemerlangan Polis WanitaAcara memotong kek oleh Dif-dif Kehormat dan pegawai-pegawai yang diraikan.

Jurufoto : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim b S.Nor
Wartawan : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim b S.Nor
Penyunting : C/Insp Norsuzila bt Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM