Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dato Kang Chez Chiang Pangku Jawatan Pengarah Jsjn

Published: 16 Aug 2017 7.22 AM Updated: 15 Aug 2026 6.32 PM
Kuala Lumpur, 16 Julai 2017 - DCP Dato’ Kang Chez Chiang hari ini secara rasminya memangku jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menggantikan CP Dato' Sri Mohd Mokhtar bin Hj Mohd Shariff yang bersara wajib hari ini dalam satu majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dato-kang-chez-chiang-pangku-jawatan-pengarah-jsjn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 00:09 MYT

DATO’ KANG CHEZ CHIANG PANGKU JAWATAN PENGARAH JSJN

Kuala Lumpur, 16 Julai 2017 - DCP Dato’ Kang Chez Chiang hari ini secara rasminya memangku jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menggantikan CP Dato' Sri Mohd Mokhtar bin Hj Mohd Shariff yang bersara wajib hari ini dalam satu majlis yang berlangsung di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, pagi tadi.

CP Dato' Sri Mohd Mokhtar bin Hj Mohd Shariff yang telah berkhidmat selama 40 tahun sejak tahun 1977 pernah menyandang pelbagai jawatan penting antaranya Ketua Cawangan Khas Kontinjen Kuala Lumpur, Timbalan Ketua Polis Pahang dan Ketua Polis Johor sebelum menjadi pengarah JSJN yang melakar pelbagai kejayaan menumpaskan sindiket-sindiket dadah dengan rampasan-rampasan dadah berskala besar.

Pada masa sama turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi PERKEP JSJN di antara Datin Sri Bibi Zakiah binti Meraslam kepada Puan Baidzura binti Su @ Busu yang akan memangku jawatan Pengerusi PERKEP JSJN dengan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran binti Ibrahim.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid bin Ibrahim barisan Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, Ahli-ahli PERKEP dan rakan-rakan media.

Dato Kang Chez Chiang Pangku Jawatan Pengarah Jsjn


Dato Kang Chez Chiang Pangku Jawatan Pengarah Jsjn


Dato Kang Chez Chiang Pangku Jawatan Pengarah Jsjn
ArticlePublished 16 Aug 2017 7.22 AMUpdated 15 Aug 2026 6.32 PM