Op Daulat 146 Terima Pingat Kedaulatan Negara
Kuala Lumpur, 16 Ogos 2017 – Seramai 146 orang pegawai dan anggota polis menerima Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N) di MES Pegawai Kanan, Bukit Aman pagi tadi.
Majlis yang penuh istiadat kepolisan itu disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bagi menghargai dan mengiktiraf warga PDRM yang yang terlibat dalam Op Daulat di mana mereka telah bergadai nyawa dan mempertaruhkan keselamatan menentang pencerobohan di Lahad Datu, Sabah pada Februari 2013 yang lalu.
Dato’ Sri Ayub Yaakob mengetuai barisan penerima pingat dengan diikuti DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, serta SAC Mohd Rafique Ramli Ariffin. Hadir sama dalam majlis bersejarah itu adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim, Pengarah-Pengarah dan para pegawai kanan PDRM.
Sesi Pemakaian Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N.) di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman..
Sesi Pemakaian Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N.) di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman..
Sesi Pemakaian Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N.) di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman..
Gambar kenangan.