Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang

Published: 12 Jun 2014 6.04 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Subang - 2 Mac 2013, Jenazah Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang gugur dimedan tempur dalam Op Sulu selamat tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Suba..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/darah-keringat-dan-airmata-pejuang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:27 MYT
Oleh : Konst. Muhammad Iqtar Bin Azmi.

Subang - 2 Mac 2013, Jenazah Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud yang gugur dimedan tempur dalam Op Sulu selamat tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada jam lebih kurang 12 setengah tengahari tadi. 

Sehubungan itu, YAB Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isteri YABhg. Datin Seri Rosmah binti Mansor yang turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada kedua-kedua wira negara ini serta memberi jaminan bahawa nasib keluarga mangsa akan mendapat pembelaan yang sewajarnya. 

Difahamkan bahawa kumpulan penceroboh ini telah bertindak sebagai “pengecut” dengan mengibarkan bendera putih kononnya sebagai tanda menyerah diri sebelum memerangkap anggota komando VAT69 dan melepaskan tembakan kearah mereka di Kampung Tanduo,Lahad Datu, semalam. 

Pada masa yang sama DYMM Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun turut bersama-sama mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat serta berkongsi rasa simpati terhadap mereka. 

Seluruh warga PDRM merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan tidak sekali-kali akan menjadikan pengorbanan wira-wira negara ini sesuatu yang sia-sia bahkan ia menjadi sumbu yang menyemarakkan semangat wira-wira yang masih diperbatasan untuk terus merobos kumpulan penceroboh ini sehingga ke lubang cacing. 

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai kanan PDRM ,Pegawai-pegawai kanan Tentera , anggota-anggota PDRM dan ATM serta sanak saudara mangsa.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
DYMM Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda Tuanku Hajah Haminah binti Hamidun turut bersama-sama mencemar duli menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang terlibat serta berkongsi rasa simpati terhadap mereka.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Memohon doa...

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Waris-waris sabar menanti ketibaan pesawat yang membawa jenazah.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Ketibaan pesawat yang membawa jenazah pejuang-pejuang negara yang terkorban.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Suasana didalam pesawat.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Sahabat allahyarham sebak setibanya di lapangan terbang.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Salah seorang anggota tentera menenangkan sahabat Allahyarham.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
YAB Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan isteri YABhg. Datin Seri Rosmah binti Mansor menyambut ketibaan jenazah serta bertanya khabar kepada sahabat Allahyarham yang terkorban.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Jenazah diusung ke dewan untuk diberikan penghormatan terakhir.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Waris-waris tidak dapat menahan emosi dan ditenangkan anggota.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Memanjat doa..

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
 Sesi sidang media bersama YAB Dato’ Seri Najib bin Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Anak kecil ini memberi tabik hormat kepada ayahnya yang terbujur bersemadi.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Isteri Allahyarham Inspektor Zulkifli Mamat memeluk erat uniform kepunyaan suaminya bagi mengubati kerinduan..

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara meninggalkan pesawat yang bakal berlepas menghantar jenazah ke kampung halaman.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
YDH Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara menunggu pesawat berlepas.

Darah Keringat Dan Airmata Pejuang
Tabik hormat terakhir daripada pegawai-pegawai kanan PDRM ketika pesawat mula berlepas.
ArticlePublished 12 Jun 2014 6.04 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM