Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar Sibu, dicekup dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah di Jalan Nangka, semalam.
Serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengekori kumpulan terbabit sejak Isnin lalu, sebelum mengenal pasti kedudukan mereka berda sarkan kenderaan yang digunakan ketika melakukan jenayah.
Polis menggeledah rumah suspek dan menemui sebuah bilik yang dijadikan stor penyimpanan barangan curi antaranya televisyen, komputer riba, enjin pam air serta peralatan pecah rumah. Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.
Sumber: Akhbar Harian Metro
