Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dalang Pecah Rumah Tumpas

Published: 17 Jun 2014 1.38 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar Sibu, dicekup dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah di sebuah ru..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dalang-pecah-rumah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:44 MYT
DALANG PECAH RUMAH TUMPAS

Dua lelaki dan seorang wanita yang paling dikehendaki polis kerana disyaki menjadi dalang aktiviti pecah rumah di sekitar bandar Sibu, dicekup dalam keadaan khayal di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah di Jalan Nangka, semalam. 

Serbuan ke atas rumah itu dilakukan selepas polis mengekori kumpulan terbabit sejak Isnin lalu, sebelum mengenal pasti kedudukan mereka berda sarkan kenderaan yang digunakan ketika melakukan jenayah. 

Polis menggeledah rumah suspek dan menemui sebuah bilik yang dijadikan stor penyimpanan barangan curi antaranya televisyen, komputer riba, enjin pam air serta peralatan pecah rumah. Kesemua suspek direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

Sumber: Akhbar Harian Metro
Dalang Pecah Rumah Tumpas
ArticlePublished 17 Jun 2014 1.38 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM