Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Wanita Antara Yang Ditahan

Published: 18 Jun 2014 1.24 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Dua sindiket pengedaran dadah yang dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang akhirnya tumpas ekoran kejayaan Op Pertang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam dua serbuan ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-wanita-antara-yang-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:10 MYT
Bukit Aman, 20 Sept - Dua sindiket pengedaran dadah yang dipercayai bergerak aktif sekitar Lembah Klang akhirnya tumpas ekoran kejayaan Op Pertang oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam dua serbuan berasingan di Cheras dan Bandar Sungai Long, Kajang 9 September lalu.

Hasil kedua-dua serbuan, seramai 4 lelaki dan seorang wanita tempatan telah ditahan bersama rampasan 209.96 kg syabu, 40.47 kg heroin dan 26.85 kg pil ekstasi.

Turut dirampas, wang tunai berjumlah RM51,229.00 USD 300, Bath 450, 1 unit alat penimbang digital, 9 buah kereta, dua unit komputer riba dan barang kemas milik anggota-anggota sindiket.

Kesemua suspek berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 18 Jun 2014 1.24 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM