Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Rm38 86 Juta Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menemui lebih 322 kilogram serbuk dan 49,282 biji pil dipercayai ekstasi dan menyita harta sindiket itu yang bernilai mencecah RM1.4 juta...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-rm38-86-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:11 MYT

PULAU PINANG 29 Oktober 2009 – Polis memburu saki baki ahli sindiket pengedaran dadah dipercayai terbesar di negara ini ekoran serbuan ke atas makmal memproses bahan itu di sebuah banglo mewah di Jalan Batu Feringghi di sini kelmarin, yang membabitkan rampasan bernilai RM38.86 juta.

Dalam serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik dari Bukit Aman dan Pulau Pinang itu, seramai tujuh lelaki berusia dalam lingkungan 30 hingga 50-an termasuk empat rakyat Indonesia turut ditahan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, polis juga menemui lebih 322 kilogram serbuk dan 49,282 biji pil dipercayai ekstasi dan menyita harta sindiket itu yang bernilai mencecah RM1.4 juta.

‘‘Barangan yang disita dalam serbuan pada pukul 11.30 malam itu ialah wang tunai RM209,000, barangan kemas bernilai RM2,000, dua buah komputer riba (RM2,000) dan lapan kereta mewah pelbagai jenama bernilai RM1.2 juta.

‘‘Polis turut merampas peralatan untuk menghasilkan dadah ekstasi seperti ketuhar, alat timbang, mesin membuat pil yang boleh hasilkan sehingga 2,000 biji pil setiap prosesan dan pelbagai bahan kimia untuk menghasilkan dadah jenis itu.

‘‘Empat rakyat Indonesia ditahan di rumah banglo mewah yang disewa itu dan susulan daripada serbuan tersebut, polis menahan tiga lagi suspek rakyat tempatan di lokasi berasingan di negeri ini dan merampas 2,000 pil disyaki ekstasi,’’ katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang ditahan mempunyai satu rekod jenayah lampau sementara kesemua rakyat warga Indonesia itu mempunyai pasport sah.

Beliau berkata, polis kini sedang menyiasat penglibatan kesemua mereka dalam sindiket tersebut.

‘‘Kami juga menyiasat sama ada dadah yang diproses di makmal itu untuk diedarkan untuk pasaran tempatan atau luar negara. Selain itu, kami turut melihat kemungkinan mereka terlibat dengan sindiket antarabangsa,’’ ujarnya.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditahan itu kini direman bermula semalam hingga 3 November depan bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM