Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Bertindak Ganas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Kita turut merampas, sepucuk pistol berisi 14 butir peluru 9mm, bom tangan, 17 butir peluru (0.45mm), 13 butir peluru (9mm) lapan butir peluru jenis .38 special dan dua kelongsong peluru (.38 special..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-bertindak-ganas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:04 MYT

PULAU PINANG 29 Oktober 2009. - Polis percaya sindiket pengedaran dadah kini lebih berani dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk bertindak ganas dengan menggunakan senjata api dan bahan letupan.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ekoran penemuan sepucuk pistol jenis Taurus buatan Brazil, peluru pelbagai saiz dan sebutir bom tangan MK2 di sebuah rumah milik pengedar dadah di Ayer Itam di sini.

Ekoran itu katanya, pihak polis kini menyiasat bagaimana barangan itu diperoleh oleh dua suspek yang merupakan pasangan kekasih.

''Dalam kejadian pada pukul 11 malam di sebuah rumah di Farlim itu, polis merampas dadah jenis ketamin seberat 2.3 kilogram, heroin (50.6 gram) dan syabu (10 gram) yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM30,000.

''Kita turut merampas, sepucuk pistol berisi 14 butir peluru 9mm, bom tangan, 17 butir peluru (0.45mm), 13 butir peluru (9mm) lapan butir peluru jenis .38 special dan dua kelongsong peluru (.38 special) serta bom tangan.

''Dalam serbuan itu sepasang kekasih berusia dalam lingkungan 20-an yang berada dalam rumah itu turut ditahan selain wang tunai RM1,500 disita,'' katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pulau Pinang di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Senior Asisten Komisioner II Wan Abdullah Tunku Said, Ketua JSJ Komersial, Asisten Komisioner Roslee Chik, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abd. Hamid dan Ketua JSJ Narkotik, Supritendan S. Batumalai.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek tersebut dipercayai menjalankan sindiket pengedaran dadah sejak beberapa bulan lalu dan mereka juga tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

''Kedua-dua mereka kini ditahan reman hingga 3 November ini bagi kes yang disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM