Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Rm30 000 Dirampas Dalam Serbuan 10 Hari

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Empat lelaki berusia antara 37 hingga 48 tahun yang ditahan berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 15 1 (a) /39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952. 35 penagih antara 20 hingga 51 tahun pula diberkas di s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-rm30-000-dirampas-dalam-serbuan-10-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:55 MYT

Dadah Rm30,000 Dirampas Dalam Serbuan 10 Hari

Polis Muar berjaya menahan empat pengedar dan 35 penagih dadah selain merampas dadah pelbagai jenis bernilai lebih RM30,000 dalam serbuan selama 10 hari yang berakhir kelmarin.


Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Sahadan Jaafar berkata, antara jenis dadah yang dirampas dalam serbuan berkenaan ialah heroin, syabu, pil eramin dan pil ekstasi.

Empat lelaki berusia antara 37 hingga 48 tahun yang ditahan berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 15 1 (a) /39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

35 penagih antara 20 hingga 51 tahun pula diberkas di sekitar Bandar Muar, Parit Jawa, Panchor, Pagoh dan Sungai Abong.

Sumber: Akhbar Kosmo

Dadah Rm30 000 Dirampas Dalam Serbuan 10 Hari

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM