Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Rm 1 95 Juta Dirampas

Published: 13 Jun 2014 5.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menahan dua lelaki dan merampas 4.5 kilogram heroin bernilai lebih RM1.95 juta..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-rm-1-95-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:40 MYT

PULAU PINANG 15 Mei 2010 — Pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menahan dua lelaki dan merampas 4.5 kilogram heroin bernilai lebih RM1.95 juta dalam serbuan di sebuah rumah pangsa di kawasan perumahan Bukit Jambul di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub berkata, serbuan itu dilakukan susulan daripada penahanan dua lelaki di Jelutong pada 3.30 petang semalam ketika mereka menjalankan kegiatan menjual dadah di kawasan tersebut berdasarkan risikan selama tiga bulan lalu.

"Ekoran daripada penangkapan dua lelaki tersebut, polis menyerbu rumah pangsa di kawasan perumahan itu yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah jenis heroin pada pukul 7 petang semalam, “ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya dadah itu dipercayai dipasarkan di sekitar negeri ini dan negeri-negeri berhampiran dan menurutnya rampasan itu merupakan yang terbesar bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

"Antara yang dirampas dalam makmal tersebut ialah dadah jenis heroin sebanyak 27.9 kg, kafein sebanyak 85 kg, dadah jenis Ketamin sebanyak 450 gram...peralatan-peralatan lain untuk memproses dadah termasuk dapur, oven, alat timbang,” katanya. - Bernama

ArticlePublished 13 Jun 2014 5.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM