Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dadah Dua Lelaki Nigeria Dicekup

Diterbitkan: 25 Sep 2014 6.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Brickfields, Kuala Lumpur telah menahan dua lelaki warga Nigeria dan merampas 908 gram dadah jenis syabu yang ditemui dalam beg galas yang dibawa oleh seorang daripada suspek pada 10 September lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-dua-lelaki-nigeria-dicekup
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:44 MYT

Kuala Lumpur, 25 Sept – Sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Brickfields, Kuala Lumpur telah menahan dua lelaki warga Nigeria dan merampas 908 gram dadah jenis syabu yang ditemui dalam beg galas yang dibawa oleh seorang daripada suspek pada 10 September lepas.

Kedua-dua suspek ditahan di sebuah restoran di Bandar Sri Petaling, Kuala Lumpur setelah pihak polis menerima maklumat pengedaran dadah melibatkan warga negara itu.

Nilai harga pasaran semasa dadah yang dirampas adalah RM136,200 dan kedua-dua suspek yang berumur 28 dan 29 tahun itu kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArtikelDiterbitkan 25 Sep 2014 6.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM