Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Bernilai Lebih Rm4 000 Dirampas Sepasang Kekasih Dita

Published: 16 Jun 2014 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Sepasang kekasih ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4,730 dalam serbuan di sebuah rumah di Salak South Garden, di sini Isnin lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-bernilai-lebih-rm4-000-dirampas-sepasang-kekasih-dita
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:02 MYT

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Sepasang kekasih ditahan dan polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4,730 dalam serbuan di sebuah rumah di Salak South Garden, di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata lelaki berusia 24 tahun dan wanita berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 12.10 tengah hari oleh sepasukan anggota cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfileds.

"Polis menemui satu bungkusan plastik yang mengandungi 53 biji pil ecstasy pelbagai warna dengan harga pasaran RM1,570, satu bungkusan serbuk putih dipercayai dadah jenis katamine bernilai RM100.

"Turut ditemui dalam rumah itu ialah satu paket plastik mengandungi pil eramin 5 berharga RM160 dan 24 gulungan yang mengandungi 240 biji pil eramin 5 yang bernilai RM2,880," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Wan Abdul Bari berkata lelaki yang ditahan itu merupakan penjual ubat herba Cina dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala teman wanitanya pula penuntut universiti.

Beliau berkata ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap lelaki terbabit mendapati dia positif dadah.

Sementara itu, abang lelaki terbabit yang berumur 25 tahun ditahan kerana cuba menawarkan rasuah kepada polis bagi membebaskan adiknya.

"Lelaki itu telah datang ke balai polis pada pukul 1.30 tengah hari dan cuba menawarkan RM10,000 kepada anggota pasukan Narkotik agar adiknya dibebaskan," katanya.

Beliau berkata lelaki kemudian diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

ArticlePublished 16 Jun 2014 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM