Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah Bernilai 2 4 Juta Dirampas

Published: 18 Jun 2014 5.52 AM Updated: 15 Aug 2026 7.38 PM
Polis Sabah berjaya merampas lebih 10 kilogram syabu bernilai kira-kira RM2.4 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Rabu lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Wira Hj Hamza Taib..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-bernilai-2-4-juta-dirampas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 01:22 MYT

George Town, 21 Nov - Indeks jenayah Pulau Pinang menunjukkan penurunan dua peratus bagi tempoh Januari hingga November tahun ini berbanding tempoh sama pada 2012.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata daerah yang menunjukkan penurunan ialah Timur Laut, Barat Daya serta Seberang Perai Selatan iaitu masing-masing susut 12.5 peratus, empat peratus dan satu peratus.

Bagaimanapun, daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak lima peratus dan tiga peratus, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata jenayah kekerasan meningkat 15 peratus manakala jenayah harta benda mencatat penurunan sebanyak 13 peratus.

Beliau berkata polis Pulau Pinang yakin dapat mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) sebanyak lima peratus seperti ditetapkan Polis Diraja Malaysia menjelang akhir tahun ini berikutan usaha dan penglibatan semua pihak termasuk media, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mengulas Ops Cantas, Abdul Rahim berkata sebanyak 1,467 tangkapan direkod sepanjang operasi yang bermula 17 Ogos lepas dan berakhir semalam.

Katanya, sebanyak 11 pucuk pistol, sebutir bom, enam senjata api palsu, 24 kereta, dua lori dan 40 motosikal dirampas sepanjang tempoh itu. 


Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 5.52 AMUpdated 15 Aug 2026 7.38 PM