Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Dadah 8 5 Juta Dirampas 6 Lelaki Ditahan

Published: 11 May 2017 7.14 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.5 juta serta menahan enam orang lelaki dalam enam serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor pada 6 Mei lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dadah-8-5-juta-dirampas-6-lelaki-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:21 MYT

Kuala Lumpur, 11 Mei 2017 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dengan elemen Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING) telah berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM8.5 juta serta menahan enam orang lelaki dalam enam serbuan berasingan sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor pada 6 Mei lalu.

Dalam serbuan tersebut, pihak polis turut menyita tujuh buah kenderaan mewah dan merampas pelbagai jenis mata wang, pelbagai jenis jam tangan berjenama serta barang kemas yang dimiliki oleh kesemua suspek. 

Nilai sitaan harta tersebut dianggarkan berjumlah RM1.4 juta ringgit dan berdasarkan siasatan awal pihak polis, dua daripada suspek merupakan warga negara Singapura yang juga merupakan dalang kepada sindiket terbabit manakala selebihnya adalah warga negara tempatan. 

Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff dalam sidang media JSJN di Bukit Aman sebentar tadi berkata, kejayaan ini adalah hasil perkongsian maklumat risikan antara JSJN, STING, Central Narcotics Bureau (CNB) Singapura dan Badan Narkotika Nasional (BNN) Indonesia. 

“Kejayaan kali ini berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang didalangi oleh warga negara Singapura dengan menjadikan kediaman mewah sebagai stor penyimpanan pelbagai jenis dadah,” ujarnya. 

Kesemua suspek kini direman sehingga 13 Mei untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

_MG_4180
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara hasil-hasil rampasan dadah kepada pihak media..

 
 
 

_MG_0693
Antara hasil-hasil rampasan..

_MG_0691
Antara hasil-hasil rampasan..

_MG_4147
Antara hasil-hasil rampasan..

_MG_0687
Antara dadah yang berjaya dirampas...

_MG_0675
Antara dadah yang berjaya dirampas...

_MG_4142
Antara dadah yang berjaya dirampas...

_MG_4175
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff dalam sidang media JSJN di Bukit Aman sebentar tadi..

_MG_4216
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara hasil-hasil rampasan dadah kepada pihak media..

_MG_4237
Pengarah JSJN Bukit Aman, Dato’ Sri Mohd. Mokhtar Hj. Mohd. Shariff menunjukkan antara hasil-hasil rampasan dadah kepada pihak media..



ArticlePublished 11 May 2017 7.14 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM