Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perompak Jadikan Wanita Tebusan Kini Direman 7 Hari

Diterbitkan: 11 May 2017 8.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 11 Mei 2017 - Perompak warga asing yang memecah masuk sebuah rumah dan menjadikan seorang wanita sebagai tebusan di Taman Istimewa, Luyang Kota Kinabalu dipercayai di bawah pengaruh dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perompak-jadikan-wanita-tebusan-kini-direman-7-hari
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:28 MYT

Tawau, 11 Mei 2017 - Perompak warga asing yang memecah masuk sebuah rumah dan menjadikan seorang wanita sebagai tebusan di Taman Istimewa, Luyang Kota Kinabalu dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Suspek yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 363 dan 307 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, dalam insiden kira-kira pukul 7.45 malam itu, suspek yang memecah masuk sebuah rumah terdahulu telah mengugut dan mengacu senjata kepada seorang pembantu rumah.

“Bagaimanapun, apabila suspek hendak melarikan diri dan menyedari kawasan telah dikepung polis, lelaki terbabit masuk ke sebuah rumah lalu menjadi seorang wanita sebagai tebusan.

“Saya merakamkan penghargaan kepada pasukan polis atas kepantasan menyelesaikan insiden itu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Mangsa yang masih dalam keadaan trauma dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Queen Elizabeth telah dibenarkan pulang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemberitaan Pemerdagangan Manusia anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI), Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Majlis Anti-Pemer­da­gangan Manusia dan Anti-Penyeludupan Migran (MAPO), di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online

ArtikelDiterbitkan 11 May 2017 8.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM