Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
Shah Alam, 25 Oktober 2011
- "Program Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan Polis Diraja Malaysia
adalah merupakan satu projek yang telah dibangunkan oleh pihak PEMANDU
dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan PDRM terutamanya di
bahagian kaunter pertanyaan di Balai-balai Polis yang merupakan 'front liners'
kepada PDRM. Setelah mendapat sambutan menggalakkan, projek ini telah
dilaksanakan sepenuhnya pada 10 September 2011 di 82 buah balai polis di
sekitar Selangor dengan menempatkan sebanyak 165 buah mesin penilaian
yang dapat berintegrasi dengan Police Reporting System (PRS)",
ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, dalam
ucapan Sempena Pelancaran Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan PDRM di
Dewan Serbaguna, IPK Selangor, Shah Alam.
Sebelum ini, projek ini
mula diperkenalkan dengan kaedah penilaian oleh orang awam iaitu
pengadu melalui penghantaran SMS terhadap kualiti perkhidmatan anggota
yang bertugas di kaunter pejabat pertanyaan yang melayani pengadu semasa
mereka membuat laporan polis dan mulai sekarang dilaksanakan
melalui kaedah penilaian sistem rating berkomputer di kaunter
perkhidmatan.
Dalam ucapan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar,
Ketua Polis Negara, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berhormat Senator Dato' Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, yang telah
mengumumkan perlaksanaan Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan PDRM
atau Customer Service System (CSS) pada 5 Julai yang lalu.
Sistem
Tinjauan Kepuasan Pelanggan atau Customer Service System (CSS) adalah
inisiatif yang dilaksanakan oleh PDRM untuk meningkatkan tahap kepuasan
umum terhadap perkhidmatan PDRM. Setelah melalui peringkat percubaan dan
mendapat maklum balas yang menggalakkan dari orang ramai melalui
pelaksanaan di semua balai polis di Selangor. Kini PDRM sudah mahir
serta bersedia untuk mengambil alih tugas pemantauan dan pelaksanaan
dari PEMANDU agar dapat memberi maklumbalas kepada orang ramai dengan
lebih pantas.
Dalam sistem ini ia menerapkan konsep 'direct feedback' daripada
pelanggan, ini adalah satu idea yang baik kerana pengadu sendiri
menilai perkhidmatan polis, seterusnya dapat mengelakkan
rungutan-rungutan di belakang dan yang lebih penting pihak kontinjen
dapat menganalisa 'feedback' dan di mana ia perlu membuat perubahan-perubahan ke arah penambahbaikan kualiti perkhidmatan.
Sehubungan
itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap anggota polis
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mutu perkhidmatan masing-masing dan
dapat membiasakan diri dalam menguruskan aduan dari orang ramai serta
meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan. Perkara ini adalah sejajar
dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diterajui oleh Perdana
Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk
memastikan perkhidmatan awam yang bermutu dan ifisien.
Turut
hadir di majlis tersebut, YDH Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan
Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun
Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg. Eugene Teh, Pengarah Bahagian
Jenayah NKRA, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan
Anggota PDRM serta wakil-wakil media.

YDH Dato' Hj Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor diberi penerangan oleh kakitangan PEMANDU......

YDH
Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama
dengan Encik Euqene Teh, Pengarah Bahagian Jenayah NKRA...

"Berbincang" sebelum bermulanya majlis....

YDH
Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara mengiringi YB Datuk
Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri masuk ke Dewan
Serbaguna IPK Selangor...

YDH Dato' Hj Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor memberi ucapan Kata Kata Aluan....

YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan....

YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan serta merasmikan majlis tersebut.....

GIMIK Pelancaran....

Encik
Euqene Teh, Pengarah Bahagian Jenayah NKRA menyampaikan cenderahati
kepada YDH SAC Dato' Zaleha Binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah
Pengurusan (Pentadbiran) PDRM




Ketika Sidang Media...
Jurufoto: L/Kpl Helmi Saadin
Wartawan: L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan