Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan

Published: 11 Jun 2014 7.34 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Program Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan Polis Diraja Malaysia adalah merupakan satu projek yang telah dibangunkan oleh pihak PEMANDU dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan PDRM terutaman..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/customer-service-system-css-mampu-meningkatkan-kepuasan-pelanggan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:35 MYT

Shah Alam, 25 Oktober 2011 - "Program Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan Polis Diraja Malaysia adalah merupakan satu projek yang telah dibangunkan oleh pihak PEMANDU dalam usaha untuk meningkatkan lagi perkhidmatan PDRM terutamanya di bahagian kaunter pertanyaan di Balai-balai Polis yang merupakan 'front liners' kepada PDRM. Setelah mendapat sambutan menggalakkan, projek ini telah dilaksanakan sepenuhnya pada 10 September 2011 di 82 buah balai polis di sekitar Selangor dengan menempatkan sebanyak 165 buah mesin penilaian yang dapat berintegrasi dengan Police Reporting System (PRS)", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, dalam ucapan Sempena Pelancaran Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan PDRM di Dewan Serbaguna, IPK Selangor, Shah Alam.

Sebelum ini, projek ini mula diperkenalkan dengan kaedah penilaian oleh orang awam iaitu pengadu melalui penghantaran SMS terhadap kualiti perkhidmatan anggota yang bertugas di kaunter pejabat pertanyaan yang melayani pengadu semasa mereka membuat laporan polis dan mulai sekarang dilaksanakan melalui kaedah penilaian sistem rating berkomputer di kaunter perkhidmatan.

Dalam ucapan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Dato' Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU, yang telah mengumumkan perlaksanaan Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan PDRM atau Customer Service System (CSS) pada 5 Julai yang lalu.

Sistem Tinjauan Kepuasan Pelanggan atau Customer Service System (CSS) adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh PDRM untuk meningkatkan tahap kepuasan umum terhadap perkhidmatan PDRM. Setelah melalui peringkat percubaan dan mendapat maklum balas yang menggalakkan dari orang ramai melalui pelaksanaan di semua balai polis di Selangor. Kini PDRM sudah mahir serta bersedia untuk mengambil alih tugas pemantauan dan pelaksanaan dari PEMANDU agar dapat memberi maklumbalas kepada orang ramai dengan lebih pantas.

Dalam sistem ini ia menerapkan konsep 'direct feedback' daripada pelanggan, ini adalah satu idea yang baik kerana pengadu sendiri menilai perkhidmatan polis, seterusnya dapat mengelakkan rungutan-rungutan di belakang dan yang lebih penting pihak kontinjen dapat menganalisa 'feedback' dan di mana ia perlu membuat perubahan-perubahan ke arah penambahbaikan kualiti perkhidmatan.  

Sehubungan itu, sistem ini juga dapat memastikan setiap anggota polis bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mutu perkhidmatan masing-masing dan dapat membiasakan diri dalam menguruskan aduan dari orang ramai serta meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan. Perkara ini adalah sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diterajui oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak untuk memastikan perkhidmatan awam yang bermutu dan ifisien.

Turut hadir di majlis tersebut, YDH Dato'  Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DCP Dato' Haji Tun Hisan bin Dato' Haji Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor, Y.Bhg. Eugene Teh, Pengarah Bahagian Jenayah NKRA, Pengarah-pengarah PDRM, Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan Anggota PDRM serta wakil-wakil media. 


Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
YDH Dato' Hj Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor diberi penerangan oleh kakitangan PEMANDU......

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
YDH Dato' Sri Khalid Bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama dengan Encik Euqene Teh, Pengarah Bahagian Jenayah NKRA...

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
"Berbincang" sebelum bermulanya majlis....

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara mengiringi YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri masuk ke Dewan Serbaguna IPK Selangor...

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
YDH Dato' Hj Tun Hisan Bin Dato' Hj Tun Hamzah, Ketua Polis Selangor memberi ucapan Kata Kata Aluan....

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
YDH Tan Sri Hj Ismail Bin Hj Omar, Ketua Polis Negara ketika memberi ucapan....

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
YB Datuk Wira Abu Seman Bin Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri menyampaikan ucapan serta merasmikan majlis tersebut.....

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
GIMIK Pelancaran....

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
Encik Euqene Teh, Pengarah Bahagian Jenayah NKRA menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato' Zaleha Binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) PDRM

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan

Customer Service System Css Mampu Meningkatkan Kepuasan Pelanggan
Ketika Sidang Media...



Jurufoto: L/Kpl Helmi Saadin
Wartawan: L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan


ArticlePublished 11 Jun 2014 7.34 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM