Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Seludup Rokok Keretek Tumpas

Published: 13 Jun 2014 6.35 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Anggota PGM mendapati ada 10 karung guni berisi rokok keretek 839 karton rokok iaitu 80 karton rokok Gudang Garam Nusantara (Menthol Mild), 480 karton rokok Gudang Garam Nusantara Merah dan 270 karton..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-rokok-keretek-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:46 MYT

LUMUT, 25 Mei 2010 -- Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini berjaya mematahkan percubaan menyeludup masuk 839 karton rokok keretek dipercayai dari sebuah negara jiran untuk dipasarkan di sini, awal pagi Selasa.

Pegawai Pemerintahan Markas Operasi PGM Perak, DSP Shaari Ariffin berkata rampasan berkenaan dibuat dalam 'Ops Cegah Jenayah Octupus' yang dilakukan di sekitar daerah ini.

Katanya, lima anggota PGM sedang bertugas telah terserempak dengan sebuah van putih dalam kedaan mencurigakan di Ulu Kayan, Lekir yang sedang keluar dari lorong di tepi sungai tersebut kira-kira 3.30 pagi.

Beliau berkata ketika dihampiri, pemandu van terbabit melarikan diri dan selepas diperiksa, anggota PGM mendapati ada 10 karung guni berisi rokok keretek 839 karton rokok iaitu 80 karton rokok Gudang Garam Nusantara (Menthol Mild), 480 karton rokok Gudang Garam Nusantara Merah dan 270 karton rokok Gudang Garam Signature.

Nilai rampasan tidak termasuk duti import dianggarkan sebanyak RM17,040.88 termasuk van serta rokok dan ia merupakan kes pertama bagi tahun ini.

Katanya, PGM akan mengenal pasti pemilik kenderaan berkenaan untuk membantu siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen (1)(e) Akta Kastam 1967 iaitu membawa barang belum lulus cukai kastam

ArticlePublished 13 Jun 2014 6.35 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM