Cubaan Seludup Rokok Gagal
8
Feb 2012-Pontian. Pasukan Polis Marin Johor telah berjaya menggagalkan
cubaan menyeludup pelbagai jenis rokok putih dan keretek yang
dipercayai
cuba dibawa masuk dari negara jiran di Pantai Parit Raja, Rembah
Pontian, Johor. Nilai rokok tersebut termasuk cukai dan duti dianggarkan
berjumlah
RM117,944.20. Turut dirampas adalah 2 buah kenderaan dan sebuah bot
fiber beserta sebuah enjin sangkut 200hp yang dianggarkan bernilai
RM135,000.
Didalam kes tersebut, dua lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu
siasatan. Tangkapan disiasat dibawah Akta Kastam 1967.