Artikel
TIDAK SERIK! - LAGI WANITA TEMPATAN MENJADI KELDAI DADAH
Dijanjikan dengan bayaran yang cukup lumayan, memadai untuk merisikokan diri mereka untuk terus diperdayakan dan dijadikan keldai dadah ke pasaran dadah luar n...
Dalam sidang media Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Dewan Thetrette, Menara 1, Bukit Aman pada hari ini, tahun 2011 menyaksikan 76 rakyat Malaysia, 49 daripadanya adalah wanita tempatan yang ditangkap atas kesalahan menjadi keldai dadah di negara ini.
Sindiket ini turut didalangi oleh rakyat warga negara asing dari Afrika yang menggunakan khidmat wanita tempatan untuk merekrut wanita tempatan lain yang sanggup menjadi kurier bekalan dadah ini ke luar negara.
Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN memaklumkan, pihak polis telah menangkap seorang lelaki warga Nigeria bersama seorang lelaki warga Guinea dan seorang wanita tempatan berumur 24-42 tahun di sebuah kediaman di Taman Orkid, Cheras, Selangor.
Dalam serbuan tersebut, sejumlah 2.8 kg dadah syabu yang disembunyikan dalam beberapa batang silinder piston telah berjaya dirampas.
Kejayaan ini juga membongkar sindiket dadah warga negara Afrika yang didalangi warga negara Nigeria dalam memikat wanita tempatan menjadi ahli sindiket mereka dengan tujuan memudahkan pengrekrutan kurier dadah upahan tempatan terutamanya wanita bagi menjalankan aktiviti penyeludupan dadah ke luar negara.