Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Seludup Keluar Minuman Keras Di P Pinang Gagal

Diterbitkan: 22 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan oleh satu kumpulan warga Indonesia untuk menyeludup keluar 5,520 botol minuman keras bernilai RM400,000 menerusi Perlabuhan Weld Quay di sini petang semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-keluar-minuman-keras-di-p-pinang-gagal
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:35 MYT

George Town, 22 Ogos - Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan oleh satu kumpulan warga Indonesia untuk menyeludup keluar 5,520 botol minuman keras bernilai RM400,000 menerusi Perlabuhan Weld Quay di sini petang semalam.

Dalam Ops Gelora pada 4 petang itu, lima lelaki Indonesia telah ditahan selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri serta dokumenpemilikan dan jual beli minuman keras yang disimpan di dalam bot mereka.

Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pulau Pinang, Supt Dimin Awang berkata pasukan polis yang bertindak atas maklumat telah menyerbu sebuah bot 'barter trade' yang dinamakan 'Zaguar Perkasa III' yang berlabuh di perairan itu.

Katanya hasil siasatan mendapati bot tersebut mengalam kerosakan dan terpaksa berlabuh sementara menunggu untuk diperbaiki.

"Sepasukan anggota telah membuat serbuan ke atas bot berkenaan dan berjaya menemui 430 kotak mengandungi botol minuman keras yang disorokkan di bahagianbawah bot berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dimin berkata kapten bot berkenaan juga gagal menunjukkan sebarang bukti pembelian dan dokumen percukaian daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Beliau berkata minuman keras berkenaan dipercayai diambil daripada zon bebascukai di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) untuk diseludup ke Indonesia.

Katanya kesemua minuman keras itu dianggarkan bernilai RM400,000. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM