Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Dua Pengawal Keselamatan Ditahan Guna Senjata Api Tamat Tempoh Lesen

Diterbitkan: 22 Aug 2015 3.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Dua pengawal keselamatan dari syarikat kawalan keselamatan swasta ditahan polis kerana menggunakan senjata api tamat tempoh lesen di sebuah kompleks beli belah, di sini hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/dua-pengawal-keselamatan-ditahan-guna-senjata-api-tamat-tempoh-lesen
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:37 MYT

Johor Bahru, 22 Ogos - Dua pengawal keselamatan dari syarikat kawalan keselamatan swasta ditahan polis kerana menggunakan senjata api tamat tempoh lesen di sebuah kompleks beli belah, di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya merampas senjata api tersebut dan dua pengawal terbabit kini ditahan lanjut untuk membantu siasatan.

"Pemeriksaan mendapati lesen mereka telah tamat bulan lepas dan kami masih menyiasat sama ada mereka dalam proses memperbaharui lesen atau sebagainya," katanya kepada pemberita selepas program 'High Profile Policing' bersempena Karnival United Against Crime, di sini hari ini.

Menurut beliau kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 8(1)(a) Akta Senjata 1960.

Mengenai program 'High Profile Policing' berkenaan Kamarul Zaman berkata ia bertujuan memberi kesedaran kepada pemilik perniagaan dan orang ramai mengenai kaedah pencegahan jenayah.

"Bila ada nombor hotline polis, ia akan memudahkan pekedai atau orang ramai membuat laporan. Ia juga sebagai langkah pencegahan, penjenayah nampak hotline, jadi, mereka tidak jadi buat jenayah," katanya.

Pada program itu sebanyak 60 orang anggota polis turut ditugaskan mengagih risalah pencegahan jenayah dan nombor hotline polis kepada 262 premis perniagaan di kompleks berkenaan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 22 Aug 2015 3.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM