Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Cubaan Seludup Keluar Kayu Bakau Dipatahkan Ppm 20140619

Published: 19 Jun 2014 12.43 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Tawau, 3 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar kayu bakau yang dipercayai ditebang secara haram dalam tiga operasi Op Cantas berasingan di kawasan..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-keluar-kayu-bakau-dipatahkan-ppm-20140619
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:24 MYT

Tawau, 3 Feb - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar kayu bakau yang dipercayai ditebang secara haram dalam tiga operasi Op Cantas berasingan di kawasan hutan hutan kayu bakau di Sungai Sinosolan, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Madun berkata semasa menjalankan Op Cantas PPM Tawau telah mengesan sebuah perahu dalam keadaan mencurigakan dan apabila dihampiri empat lelaki bertindak terjun ke dalam sungai sebelum menghilangkan diri.

"Pemeriksaan mendapati sebuah perahu tanpa nombor pendaftaran menggunakan enjin 15hp membawa muatan penuh 300 batang kayu bakau yang dipercayai untuk diseludup keluar ke Nunukan Indonesia," katanya lagi.

Dalam kes kedua di lokasi yang sama, PPM Tawau merampas perahu dan enjin 15hp membawa muatan 300 batang kayu bakau.

Manakala dalam kes yang ketiga, ditahan dua orang lelaki warga Indonesia bersama perahu menggunakan enjin Yamaha 15 yang membawa 180 batang kayu bakau.

Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM72,000. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut.

Cubaan Seludup Keluar Kayu Bakau Dipatahkan Ppm 20140619
Sumber : Pasukan Polis Marin Tawau Sabah

ArticlePublished 19 Jun 2014 12.43 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM