Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Cubaan Seludup Keluar 3 300 Liter Minyak Diesel Digagalkan

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.06 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Kami turut menahan enam suspek warganegara Filipina, dua daripadanya wanita, yang disyaki terlibat dalam penyeludupan keluar bekalan minyak diesel ke Filipina dari pekan Semporna,' katanya dalam keny..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/cubaan-seludup-keluar-3-300-liter-minyak-diesel-digagalkan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:49 MYT

Semporna, 20 April - Pasukan Polis Marin Semporna menggagalkan cubaan menyeludup keluar 3,300 liter minyak diesel ke negara jiran menggunakan bot di sini semalam.

Timbalan Pengawal Martek Op Daulat Semporna DSP Mohamad Pajeri Ali berkata minyak diesel berkenaan dirampas dari tiga buah bot ketika diperiksa di perairan Pulau Tanjung Sirongol kira-kira 10.55 malam.

"Kami turut menahan enam suspek warganegara Filipina, dua daripadanya wanita, yang disyaki terlibat dalam penyeludupan keluar bekalan minyak diesel ke Filipina dari pekan Semporna," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata semua suspek dan rampasan diesel dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna untuk siasatan.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata Polis Marin Semporna menangkap 12 lelaki di kawasan perairan Semporna kira-kira 8.50 pagi semalam kerana cuba memasuki negara ini secara haram.

Katanya kesemua mereka ditahan di kawasan perairan Labuan Haji selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.06 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM